KOTA KINABALU: Penguatkuasaan SOP untuk membenarkan hanya mereka yang divaksin bagi untuk dine in di restoran (dine-in) dan pasaraya adalah lebih berbentuk pendidikan dan peringatan.
Seperti yang dimaklumkan Kerajaan telah pun menyediakan SOP bagi pelbagai aktiviti yang dibenarkan dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Nasional. Ini termasuk pengoperasian restoran dan pasaraya. SOP menetapkan bahawa operator, pekerja dan pelanggan mestilah mereka yang sudah melengkapkan dua dos vaksin.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata SOP tersebut bukan untuk tujuan mengenakan penalti.
Dengan mengambilkira kedudukan pandemik COVID-19 semasa di Negeri Sabah yang mencatatkan kes yg tinggi setiap hari, adalah perlu bagi kita untuk mengambil apa jua tindakan untuk mengurangkan penularan.
Langkah untuk menguatkuasakan SOP baharu di restoran dan pasaraya adalah sebahagian daripada langkah-langkah tersebut.
Ia bertujuan mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat dalam ruang niaga. Ini akan memberi manfaat dan jaminan kesihatan bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga pelanggan.
Langkah ini akan mengurangkan risiko penularan virus COVID-19 semasa berada di restoran dan pasaraya.
“Kita berharap semua yang terlibat dalam sektor ini akan memperolehi vaksin lengkap dalam masa satu bulan. Penguatkuasaan kepada pematuhan SOP akan dilaksanakan sepenuhnya selepas itu.
“Kita juga sedia maklum bahawa ada di antara mereka dalam sektor ini belum menerima vaksin atau belum lengkap divaksin.
“Adalah dinasihatkan agar mereka yg belum divaksin segera mendapatkan vaksin dimana-mana PPV yang terdekat .”
Masidi juga menyarankan pekerja-pekerja pasaraya, restoran dan hotel disekitar Kota Kinabalu untuk datang ke PPV SICC untuk tujuan vaksinasi.