Bayaran RM500 untuk 3,908 pemandu e-hailing Sabah dan Labuan akan disalurkan Isnin depan

KOTA KINABALU:Bantuan one-off sebanyak RM500 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) Fasa 1 akan diberikan kepada 3908 orang pemandu E-Hailing Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mula disalurkan Isnin ini (16 Ogos 2021). 

Presiden Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Datuk Chin Kim Hiung berkata pembayaran tersebut melibatkan peruntukan sebanyak  RM1.95 juta.

“Bayaran bantuan PEMERKASA Plus Fasa 1 ini merupakan lanjutan daripada pembayaran kepada 2588 orang pemandu teksi dan kereta sewa, bas sekolah serta bas pelancong yang telah disalurkan bermula 27 Julai 2021 melibatkan RM1.29 juta peruntukan. 

“Sehingga rayuan ditutup pada 9 Ogos 2021, LPKP Sabah menerima 4627 senarai nama pemandu e-hailing daripada syarikat pengendali e-hailing (EHO) untuk saringan penerima bantuan PEMERKASA Plus iaitu seramai 4461 orang pemandu GRAB, 54 orang pemandu Maxim dan 112 orang pemandu MyCar. 

“Daripada jumlah 4627 senarai pemandu e-hailing yang diterima, hanya 3908 orang yang layak menerima bantuan selepas memenuhi kritera yang ditetapkan iaitu pemandu perlu mencapai sasaran pendapatan sekurang-kurangya RM500 sebulan dalam mana-mana tempoh dari Januari hingga Mei 2021 dan pemandu perlu mempunyai lesen EVP (e-vehicle permit) dan lesen PSV (public service vehicle) yang masih aktif pada atau selepas 31 Mac 2021.”

Semakan senarai pemandu e-hailing yang layak menerima bantuan PEMERKASA Plus boleh dibuat melalui pautan http://www.lpkpsabah.gov.my/pemerkasa. 

“Selaku Pengerusi LPKP Sabah, sekali lagi saya ingin menekankan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib pemandu pengangkutan awam di Sabah. 

“Jumlah keseluruhan sebanyak RM3.24 juta yang diperuntukkan menerusi PEMERKASA Plus kepada golongan ini menunjukkan kerajaan tidak pernah mengabaikan mereka.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.