Wanita positive Covid-19 di Ranau langgar perintah kuarantin

RANAU: Penularan jangkitan Covid-19 di Ranau disebabkan oleh kegagalan wanita 32 tahun yang positif Covid-19 tidak mematuhi arahan kuarantin.

Menurut jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, kes indeks bagi kluster Paka Kawiyan di Ranau juga telah berinteraksi dengan penduduk kampung di sebuah kawasan kebun getah ketika cuba mendapatkan akses talian internet.

“Hasil beberapa siri saringan kontak rapat pada 29 Julai hingga 14 Ogos 2021, terdapat pertambahan bilangan kes dalam kalangan kontak rapat dan kontak sosial kes indeks.

“Daripada 132 orang yang disaring, kluster ini merekodkan 41 kes positif COVID-19 termasuk 13 kes baharu pada hari ini.”

Bagi kluster Tangkuyan di Kinabatangan, ia melibatkan kes indeks merupakan kerani wanita, 27, di sebuah ladang sawit di Beluran dan disahkan positif RTK-Ag (keputusan positif 63%) dalam saringan tempat kerja pada 9 Ogos 2021.

Berikutan postitif COVID-19, kes indeks telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya.

Hasil siasatan mendapati kes indeks mempunyai sejarah menghadiri upacara pengebumian ahli keluarga di Kg Tangkuyan, Kuamut.

Aktiviti siasatan kontak seterusnya mendapati seramai 128 kontak keluarga, sosial dan tanggungan telah didapati positif COVID-19.

Sebanyak 129 kes positif termasuk 128 kes baharu direkod dalam kluster ini.

Aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai
sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada penduduk kampung berdekatan.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.