KOTA KINABALU: Kes harian di Sabah melepasi angka 2,000 hari ini, yaitu 2,103, peningkatan 375 berbanding semalam (August 16).
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kota Kinabalu kekal penyumbang kes terbanyak, iaitu 467, tambahan 105 daripada kes semalam.
“Daripada 2103 kes hari ini, 1229 (58.4%) merupakan saringan kontak rapat, 532 (25.3%) saringan bergejala & 161 (7.6%) daripada kluster2 sedia ada.
“Seperti semalam pesakit kategori 2 merupakan kumpulan terbanyak dengan 969 (46.1%), kategori 1, 582 (27.7%), kategori 3, 9 orang, kategori 4 dan 5 masing2-masing 3 orang.”
Setakat kelmarin (16/8), 47.3% penduduk dewasa Sabah telahpun memperolehi satu dos vaksin dan 23.6% melengkapkan kedua dua dos. Kelmarin juga JKNS telah memberi (administer) 52,992 dos vaksin.
Terdapat satu kluster baru iaitu Sawit Baiduri di Lahad Datu dengan kumulatif kes 77.