PENAMPANG: Berikutan dengan kes jangkitan Covid-19 terhadap pekerja-pekerja Majlis Daerah Penampang, gangguan perkhidmatan kutipan sampah dijangkakan akan berterusan sehingga bulan September.
Dengan itu, kawasan-kawasan terlibat seperti komersial, industri, taman-taman perumahan dan kawasan perkampungan dalam kawasan operasi majlis akan terjejas dalam masa dua minggu atau lebih.
Sememangnya gangguan ini akan memberi kesan negatif terhadap persekitaran dan berpotensi untuk menyebabkan pencemaran. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk penduduk di taman perumahan untuk kuranglah jumlah sampah domestik.
Pengasingan sampah

Setiap hari kita akan menghasilkan pelbagai jenis sampah. Walau bagaimanapun, dengan mengambil inisiatif untuk mengasingkan jenis-jenis buangan- sisa makanan, plastik, kertas, gelas dan tin- ini akan membantu mengurangkan volume sampah.
Sebaiknya pada saat pandemik ini, kita haruslah mengurangkan pembaziran makanan dengan membuat perancangan yang baik- samada dari segi penyediaan portion atau pembelian (terutama makanan yang cepat rosak seperti sayur-sayuran).
Bagi pengurusan sisa makanan, contohnya nasi atau apa-apa yang masih elok bolehlah diberi kepada binatang-binatang. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, gunakan sisa tersebut sebagai kompos untuk pertanian organik.
Untuk minyak masak yang telah digunapakai, anda juga boleh menjual kepada agen yang membeli pada harga RM2/kg (Hubungi 60 16-847 2938) ataupun 0125517315 (Kris, untuk harga RM1.50/kg)

Antara sampah-sampah yang terhasil setiap hari, ada yang boleh dikitar semula, contohnya kertas pembungkusan cereal, susu, dan tin sebagainya. Bahan-bahan ini boleh dihantar ke pusat kitar semula dan akan dibayar juga.
Selain itu @RIPPLE Recycling Association juga ada mengumpul gelas kaca di mana sebelum ini ia pernah memberi 10 kilogramme beras untuk 20 kilogramme botol kaca.
Bagi mereka yang ada menggunakan printer, katrij yang telah habis diguna boleh dijual semula pada harga antara RM 10 dan RM 14 sebiji.
Semoga tips ini dapat membantu mengurangkan sampah dan amalan ini akan menjadi satu tabiat untuk para pembaca.