KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah mencatat rekod baru semalam dengan pemberian 62,365 dos vaksin sehari.
Setakat semalam, 48.4 peratus daripada penduduk dewasa negeri Sabah telahpun memperolehi satu dos vaksin dan 25.8 peratus penduduk melengkapkan dua dos.
Walau bagaimanapun, kes Covid-19 seharian Sabah masih tinggi hari ini (Ogos 19, 2021) iaitu 2,583 termasuk 37 kes hari ini melibatkan mereka dalam tahanan (OKT).
“Sepertimana yang dimaklumkan kelmarin jumlah kes harian akan kekal tinggi untuk beberapa hari sehingga JKNS semua keputusan kes2 yg tertunggak (backlog), yakni kes2 yang didaftar lewat.
“Kes ‘backlog’ adalah keputusan kes positif yg didaftar melebihi 5 hari setelah keputusan saringan diketahui,” kata Masidi di satu kenyataan media.
Hari ini 289 (11.2%) daripada 2,583 kes baharu adalah kes-kes yang didaftar lewat (backlog), antaranya 188 di daerah Kota Kinabalu, 58 bagi daerah Penampang dan 40 di daerah Putatan.
Saringan kontak rapat kekal penyumbang terbesar kepada keseluruhan kes di Sabah, 1503 (58.2%), saringan bergejala 686 (26.6%) dan 123 (4.8%) daripada kluster-kluster sedia ada.
Kategori 2 pesakit kekal kumpulan terbesar dengan 1449 (56.1%) orang , kategori 1, 1045 orang (40.5%), kategori 3, 22 orang, kategori 4, 3 orang dan kategori 5, 5 orang.