KOTA KINABALU: Apabila seseorang mengetahui seseorang menjadi kontak rapat kepada mereka yang disahkan positif Covid-19, anda perlu tahu bagaimana untuk mengendali situasi tersebut untuk kebaikan diri dan orang lain.
Sebelum ini, pihak Kementerian Kesihatan selalunya akan menghubungi anda samada untuk membuat ujian calitan, pemakaian gelang ataupun menjalani kuarantin di premis yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, disebabkan peningkatan kes yang mendadak di Sabah, ini mungkin menyukarkan petugas untuk membuat follow-up dengan kes-kes kontak rapat.
Apakah langkah-langkah seterusnya?

Individu diminta untuk update di aplikasi MySejahtera dengan memaklumkan keputusan ujian saringan. Digital Home Surveillance Order akan diberikan.
Semua kontak rapat kes positif diminta untuk duduk di rumah selama 10 hari. Jika individu tidak mahu kuarantin di rumah. Individu boleh memilih untuk kuarantin di pusat kuarantin swasta (dengan bayaran).
Penilaian kendiri pesakit akan dipantau oleh CAC secara maya. Pesakit akan dihubungi jika perlu.
Pesakit yang perlu ke CAC terdekat untuk penilaian lanjut klinikal akan dimaklumkan melalui notifikasi di MySejahtera atau dihubungi KKM
Hubungi PKD atau pergi ke Klinik Kesihatan atau hospital terdekat jika mengalami gejala atau gejala semakin teruk.