KOTA KINABALU: Dalam masa seminggu, jumlah kes Covid-19 yang membabitkan kanak-kanak adalah 4,304 termasuk 199 bayi berumur kurang daripada setahun.
Ini menunjukkan mereka yang berumur 18 tahun dan kebawah meyumbang sebanyak 25 peratus kepada jumlah 16,854 kes Covid-19 dalam tempoh Ogos 16 sehingga 22.
Golongan muda tersebut, di mana kesemuanya belum layak terima vaksin, adalah terdedah dengan jangkitan virus.
Difahamkan, bayi-bayi yang dikesan positif Covid-19 adalah samada saringan dibuat kepada mereka sebagai kontak rapat atau bayi menunjukkan gejala.