KOTA KINABALU: Sempena sambutan Hari Merdeka yang ke-64, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun sehingga 70 peratus untuk pembayaran saman mulai hari ini sehingga Sept 16.
Diskaun tersebut adalah untuk semua jenis kompoun saman kecuali kes-kes yang disebut di mahkamah.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang telah disenarai hitam perlulah datang ke pejabat JPJ sebelum membuat bayaran.
Pembayaran saman-saman dalam tempoh masa diberikan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ, UTC, atau melalui mySIKAP JPJ portal.
