Sabah terima 94,000 dos Cansino

Sumber dan gambar: Jabatan Penerangan Sabah

Kota Kinabalu : Sabah telah menerima 94,000 dos Cansino setakat hari ini.

Pada jam 9.05am tadi, kumpulan kedua 43,200 dos vaksin dos tunggal jenis CanSino selamat tiba di Sabah.

Bekalan terbabit diangkut menggunakan pesawat MH6312 Mas Cargo yang berlepas pada jam 6.30 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)/

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentabiran), Datuk Masnah Matsalleh berkata vaksin tersebut akan diberi keutamaan kepada penduduk di kawasan pedalaman, luar bandar dan pulau di seluruh Sabah.

“Pengagihan vaksin ini telah ditetapkan di daerah-daerah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setakat ini, vaksin yang diterima adalah mencukupi bagi keperluan sasaran yang telah ditetapkan.

“Vaksin dos tunggal CanSino bagi kumpulan pertama telah tiba semalam iaitu sebanyak 50,800 dos,” jelasnya.

Masnah yang juga Pengarah Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Negeri Sabah memaklumkan Sabah bakal menerima 86,000 dos vaksin sama, pada 27 Ogos ini.

Tambah beliau, dengan bekalan tambahan vaksin dari beberapa negeri, Sabah berupaya menampung sasaran pemberian vaksin di negeri ini.

“Selain kumpulan kedua vaksin CanSino, kita juga menerima 70,000 dos vaksin SinoVac pada hari ini.

“Pada minggu ini, kita menerima beberapa jenis vaksin seperti Pfizer sebanyak 252,720 dos pada Isnin.

“Kita difahamkan dalam Jumaat ini, kita akan menerima bekalan vaksin dari Sarawak dan Selangor.

“Jadi, bekalan vaksin yang ada ini dapat menampung sasaran pemberian vaksin di Sabah,” ujarnya.

Turut hadir menyambut bekalan vaksin tersebut ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pengurusan Logistik Vaksin, Ag. Shahminan Datuk Ag. Sahari

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.