Rawatan pesakit berdasarkan keperluan, kata pengarah kesihatan Sabah.

KOTA KINABALU: Pada masa ini, kesemua pesakit yang diputuskan akan mendapat faedah dengan penggunaan ventilator, dapat diberikan bantuan yang diperlukan tanpa mengira umur.

Pengarah Dr Rose Nani Mudin berkata dalam keadaan krisis, penilaian pesakit yang mempunyai kadar penyembuhan yang lebih tinggi akan diberikan prioriti.

Namun demikian setiap pesakit yang memerlukan rawatan oxygen tetap akan diberikan rawatan.

Baru-baru ini, terdapat laporan media mengatakan seorang doktor yang enggan dinama, bahawa mereka perlu menurut standing order untuk memberi keutamaan kepada orang muda.

“Ada keadaan di mana golongan pesakit yang dikenalpasti mengalami kegagalan fungsi paru-paru yang tidak akan mendapat manfaat walaupun dengan bantuan ventilator.

“Mengikut Malaysian ICU Management Protocol, seperti pesakit dengan penyakit kronik, keadaan fizikal am yang merosot, atau mempunyai penyakit lain yang tidak dapat disembuhkan.

“Dalam keadaan ini, doktor akan membuat perbincangan dengan pesakit serta pihak keluarga berkenaan tahap dan limitasi rawatan (rawatan sokongan & paliatif) yang dapat diberikan.”

“Repurposing” wad dan perbanyakkan perolehan oksigen dan ventilator

Dalam menghadapi peningkatan kes COVID-19, antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah penukaran fungsi (repurposing) katil dan wad sedia ada, dan meningkatkan perolehan peralatan perubatan yang diperlukan di kawasan penjagaan kritikal.

Peralatan mesin ventilator sedia ada yang khas digunakan untuk golongan pesakit COvID-19 adalah sejumlah 170 unit dan kadar penggunaan adalah dalam lingkungan 70- 80% setakat ini bagi hospital-hospital KKM di seluruh Sabah.

Sejumlah 156 unit mesin ventilator (berbagai jenis) adalah mesin baru yang diperolehi atau dibekalkan dalam tempoh satu tahun ini.

Sementara itu, penggunaan tangki oxigen saiz besar khususnya saiz 6.2 cubic meter dan saiz 7.3 cubic meter sentiasa dipantau.

Penggunaan tangki oksigen untuk semua hospital di Sabah adalah dalam lingkungan 1,050 -1,150 unit tangki oksigen sehari dan stok tangki oksigen saiz tersebut yang sedia ada di hospital-hospital adalah sekurang-kurangnya 2,350 unit tangki oksigen.

Kapasiti harian ujian makmal (awam & swasta) adalah 4,888 ujjan.

Berkenaan ujian PCR Pada masa ini, ia dilakukan di tiga buah makmal hospital KKM di Sabah dengan jumlah kapasiti harian sebanyak 1188 ujian/hari, satu makmal kesihatan awam dengan kapasiti 1000 ujian/hari, satu makmal klinik kesihatan dengan kapasiti 400 ujan/hari, 1 makmal universiti iaitu Universiti Malaysia Sabah dengan kapasiti harian sebanyak 200 ujjan/hari dan 2 makmal swasta dengan jumlah kapasiti harian 2100 ujian/hari.

Kerjasama hospital swasta dan tentera

Isu Kerjasama Dengan Pihak Hospital Swasta dan Penubuhan Hospital Medan Sejak tahun lalu, dengan peningkatan kes Covid-19.

“Hospital Queen Elizabeth djadikan hospital Covid-19, pihak JKNS telah membuat penyumberluaran dengan tiga buah hospital swasta di Sabah untuk rawatan penyakit yang selain Covid. Usaha ini masih diteruskan sehingga kini.

“Selain itu, pihak JKNS dan Angkatan Tentera Malaysia adalah dalam proses penubuhan hospital medan di daerah Tawau untuk memenuhi keperluan mendesak.”

Outreach vaksinasi dipertingkatkan

Buat masa ini, terdapat 214 Pusat Pemberian Vaksin di negeri Sabah, dan setakat 1 September 2021, Negeri Sabah telah mencapai 60.7% untuk dos 1 dan 41.4% untuk dos 2.

Terdapat 4 jenis vaksin dibekalkan di negeri Sabah iaitu Plizer, Sinovac, Astrazaneca dan Cansino.

Bagi jenis vaksin, 66% daripada vaksin yang diberi adalah pfizer, dikuti oleh sinovac sebanyak 30%. Negeri Sabah juga akan dibekalkan dengan sejumlah 2.8 juta vaksin pada bulan September 2021.

Strategi yang seterusnya bagi membolehkan sabah mencapai vaksinasi 60% lengkap dos 2 adalah melalui aktiviti outreach melalui kerjasama NGO/ PH Corp, vaksinasi di Kawasan PKPD, Penjara dan Pusat Tahanan, dan Flying Doctor Service

“Hospital juga akan tertumpu kepada opportunistic vaccination, di mana memberi vaksin kepada pesakit di hospital yang datang untuk temu janji klinik, dan pending disaj.iabatan ini dari masa ke masa.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.