3,000 pengguna terjejas disebabkan pengorekan kabel SESB

KOTA KINABALU:lebih kurang 3,000 pengguna berhadapan dengan gangguan bekalan selama hampir dua jam disebabkan pengorekan oleh pihak kontraktor pelebaran jalan.

Kejadian pada Sabtu di Jalan Tuaran ke Pencawang Elektrik Simpang Sepanggar menyebabkan bekalan terganggu pada jam 11.53 pagi dan bekalan berjaya dipulihkan sepenuhnya pada jam 2.49 petang.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata kerja-kerja pengorekan pihak ketiga merupakan antara cabaran utama kepada usaha SESB memberikan bekalan elektrik tanpa gangguan kepada pengguna.

Beliau menjelaskan kejadian tersebut adalah kejadian kedua berlaku dalam minggu ini dengan kejadian pertama pada Rabu lalu di Kampung Sodomon, Kepayan.

“Kerja-kerja pengorekan oleh Pemaju Pembangunan Pelbagai di Kampung Sodomon Kepayan menyebabkan gangguan bekalan kepada lebih 2,000 pengguna di kawasan sekitar bermula pada jam 1.42 petang dan bekalan dipulihkan pada lewat petang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, Ir Idris berkata kecuaian dan kesilapan seumpama ini menyebabkan kerugian kepada SESB, menimbulkan kerumitan kepada pengguna dan menjejaskan imej syarikat utiliti yang bertungkus lumus untuk sentiasa memperbaiki tahap perkhidmatannya.

Justeru, SESB memohon supaya pihak kontraktor dan orang ramai untuk memaklumkan terlebih dahulu sebarang aktiviti pengorekan di bahu jalan kepada SESB agar aktiviti pengesanan kabel dapat dilakukan sebelum kerja-kerja pengorekan dibuat.


Perkara ini dapat menjamin keselamatan dan sekaligus mengelakkan insiden gangguan bekalan elektrik yang berpanjangan, katanya lagi. Beliau berkata sebelum ini, sebanyak 78 kes korekan yang dilakukan oleh salah satu kontraktor pelebaran jalan telah dimajukan untuk tindakan undang-undang oleh SESB.


“Kita berharap tindakan undang-undang dapat dipercepatkan,” katanya lagi.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.