Berpakaian tradisi sambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021

KOTA KINABALU: Perasaan rindu memakai pakaian tradisional menjadi  pendorong Ketua Kampung dan JPKK hadir dalam Program Merdeka@Komuniti di Pusat Pemberian Vaksin Kampung Dato bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Muhibbah Baru Tebobon, Magital Yandang @ Nelson Andang, 50, berkata, pada kebiasaannya pakaian tersebut dipakai semasa perayaan seperti Pesta Kaamatan, pesta perkahwinan dan juga persembahan budaya.

“Bagi saya, pakaian tradisi merupakan jati diri sesuatu kaum dan saya bangga memperagakan pakaian tradisi suku kaum Rungus yang merupakan salah satu etnik bumiputera di negeri ini.

“Sebelum ini, saya bersama Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) turut  terlibat secara langsung dalam aktiviti sambutan HKHM seperti perarakan dan persembahan kebudayaan di peringkat kampung dan juga negeri,”ujarnya.

PERANAN PENTING


Magital turut mengakui ibu bapa dan orang terdekat memainkan peranan penting untuk menghidupkan semangat patriotisme dalam jiwa generasi muda.

“Anak-anak perlu didedahkan dan digalakkan menyertai menyertai aktiviti-aktiviti sambutan peristiwa-peristiwa penting negara seperti sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia agar dapat meniupkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka.

“Dalam keadaan pandemik COVID-19 ini, antara yang boleh kita lakukan adalah melibatkan anak-anak untuk bersama-sama memasang Jalur Gemilang dan bendera negeri di kawasan rumah, mengikuti pertandingan-pertandingan yang diadakan secara maya dan menyanyikan lagu-lagu patriotik secara santai santai bersama keluarga di rumah,” tambahnya.

KENANGAN

2. Pesara DBKK, Rosilen Matusin.


Sementara itu. pesara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Rosilen, 57, berkata menjadi johan pertandingan perbarisan semasa sambutan HKHM menjadi antara kenangan indah sepanjang perkhidmatannya bersama agensi terbabit.

‘Pada masa kini, kita mungkin tidak dapat meraikan sambutan HKHM semeriah dahulu tetapi jika kita sama-sama saling berganding bahu untuk memerangi COVID-19 dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan, saya percaya kita akan kembali bebas untuk melakukan aktiviti seperti sediakala dan dapat meraikan HKHM dengan meriah seperti dahulu.

“Kejayaan negara menangani pandemik ini bergantung kepada rakyat, jadi marilah kita bersama-sama memerangi pandemik ini agar ekonomi dan kehidupan harian kita dapat dipulihkan secepatnya,” kongsinya.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Petugas RELA, Awang Nirwan Abbas.


Bagi anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Awang Nirwan Abbas, 20, sebagai barisan pelapis kepimpinan negara, generasi muda menggalas tanggungjawab besar untuk memastikan kemerdekaan negara terus dipertahankan.

“Bagi saya, walaupun kita tidak terlibat dalam peperangan memperjuangkan kemerdekaan negara daripada penjajah tetapi usaha-usaha yang kita lakukan dalam mengekalkan kemerdekaan ini juga merupakan kesinambungan dan penghargaan ke atas perjuangan generasi terdahulu.

“Selain daripada mengibarkan Jalur Gemilang, kita juga dapat menunjukkan rasa sayang kepada negara melalui kata-kata, pemikiran dan tindakan demi kesejahteraan bersama dalam membangunkan negara selepas pandemik COVID-19 ini,” katanya semasa ditemui pemberita.

Pada program tersebut, seramai 539 warganegara dan bukan warganegara menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua menerusi Program Jangkauan Luar (Outreach) fasa kedua yang dilaksanakan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Daerah Kota Kinabalu.

William memotong kek Hari Malaysia pada program berkenaan. 

Hadir sama ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.18 Inanam, Datuk William Majimbun; Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Hasmawati Karroda dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) DUN N.18 Inanam, Nichol Unui./PDN-az

Teks/ GAMBAR: JENIFFER

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.