Hospital UMS bakal siap menjelang 2023.

KOTA KINABALU: Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang menggunakan teknologi IR4 akan siap dalam masa dua tahun.

Bangunan tersebut akan dilengkapi dengan kemudahan terkini dengan kapasiti 400 buah katil, 22 buah wad pembedahan dan 145 buah klinik termasuk klinik pakar.

Naib Canselor UMS Professor Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata antara perkhidmatan yang ditawarkan HUMS termasuklah khidmat rundingan dan rawatan doktor pakar, kecemasan dan trauma selama 24 jam, khidmat pakar ortodontik, pusat farmasi, pusat makmal diagnostik, dan pusat radiologi.

“Ini sudah tentu akan melonjakkan lagi capaian perubatan khususnya doktor pakar di negeri ini sekali gus membantu meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik di Sabah,” katanya di satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Taufiq memaklumkan bahawa HUMS akan menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar perubatan dan kejururawatan.

“Ia juga akan menjalankan penyelidikan perubatan dan sains kesihatan; serta menawarkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada orang awam.

“Hospital pengajar ini berkonsepkan hospital pintar dan keseluruhan operasinya dibuat secara digital dengan mengaplikasikan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).”

Menurut Taufiq, walaupun bangunan hospital masih dalam pembinaan, HUMS sudah pun beroperasi di tujuh buah klinik.

“Kita mempunyai tiga klinik masing-masing di UMS Kota Kinabalu, UMS Cawangan Sandakan dan UMS Kampus Antarabangsa Labuan.

“Selain itu, HUMS juga beroperasi di Poliklinik UMS Kingfisher dan Klinik Komuniti UMS Kudat, selain mempunyai Pusat Dialisis UMS-YKN serta Klinik Pergigian.

“Pada masa yang sama kita turut menawarkan beberapa perkhidmatan. Seperti yang kita sedia maklum, HUMS mengendalikan Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) UMS sejak 14 Jun lalu.

“Dan sehingga kini, kita telah pun berjaya memberikan sebanyak 101,831 dos vaksin,” jelasnya.

Isnin lalu, Perdana Menteri dalam pembentangan RMK12 mengumumkan bahawa perkhidmatan kesihatan di Sabah dan Sarawak akan dapat dipertingkatkan apabila Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah dan Hospital Universiti Malaysia Sarawak siap sepenuhnya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.