Penduduk Long Pasia dan Ranau mengecewakan

KOTA KINABALU: Dua kluster yang tercetus disebabkan oleh aktiviti sosial adalah mengecewakan , kata jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau merujuk kepada kluster baru yang didaftar di Long Pasia, Sipitang yang berpunca daripada sambutan Majlis Hari Jadi pada 19 September yang dihadiri oleh penduduk kampung.

Kes indeks kluster Long Pasia – Sipitang adalah wanita, 76, dari Kg Long Pasia dan bergejala
demam serta batuk sejak 24 September 2021.

Sehingga kini, 25 orang telah didapati positif hasil saringan yang dijalankan ke atas 30 individu.

Manakala Kluster Mokodou di Ranau berpunca daripada kehadiran ke upacara penghormatan orang meninggal dunia.

Lebih daripada 60 peratus daripada penduduk kampung hadir di acara tersebut dan setakat semalam 94 telah dikesan positif dan dijangka akan bertambah apabila keputusan saringan diketahui sepenuhnya.

“Kluster Long Pasia ini serta Kluster Mokodou di Ranau yang diistiharkan kelmarin agak mengecewakan dalam usaha kita memerangi pandemik .

“Kedua kes ini jelas menunjukkan masih ada penduduk kita yang tidak mematuhi standard operating procedure dan nasihat Kementerian Kesihatan secara serius.

“Kelalaian dan sikap acuh tak acuh telah mengakibatkan jangkitan virus Covid19 yang melibatkan ramai penduduk,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Masidi mengharapkan agar pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua masyarakat khususnya diperingkat akar umbi dan pengerusi-pengerusi JPKK memantau acara sosial di kampung untuk memastikan pematuhan ketat kepada semua SOP.

Hari ini Sabah mencatatkan 993 kes Covid-19 yang baharu dimana 14 orang memerlukan rawatan rapi. Terdapat 20 kes kematian .

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.