Lee Chong Wei menghadiahkan raket kepada TYT

Kota Kinabalu : Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menyerahkan raket kepada Yang DiPertua Negeri Tun Datuk Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Lee berkata raket yang diserah kepada Tun Juhar itu pernah digunakan oleh beliau semasa bertanding di kejohanan sukan olimpik, sementara Toh Puan menerima raket yang digunakan Chong Wei semasa kejohanan Malaysia Open yang lalu.

“Saya tahu bahawa Toh Puan meminati sukan badminton dan fan saya, oleh sebab itu saya menghadiahkan raket sebagai pembakar semangat kepada pemain badminton khususnya di Sabah,” ujarnya kepada media di Istana Seri Kinabalu selepas Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sabah, hari ini.

Beliau yang ditemani isteri, Datin Wong Mei Choo dianugerahkan watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Yang Dipertua Negeri Sabah.

Sumber: Penerangan

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.