PENAMPANG: Kerajaan negeri Sabah memberi kebenaran kepada Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) untuk memberi pinjaman perumahan kepada penjawat awam negeri Sabah.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan kebenaran tersebut akan memberi kemudahan kepada penjawat awam negeri untuk memiliki rumah sendiri.
“InshaAllah dengan kebenaran ini, kerajaan memberi kemudahan kepada penjawat awam negeri untuk memiliki rumah sendiri sama ada membeli atau membina rumah.
“Justeru, saya berharap PPS akan terus maju sebagai satu agensi kerajaan yang dibanggakan.
“Daripada taklimat yang diberikan oleh PPS, jelas perbadanan ini adalah agensi yang mantap dan perlu dicontohi oleh mana-mana agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini,” katanya sempena majlis Penyerahan Dividen, Faedah dan Zakat Perniagaan PPS kepada Kerajaan
Negeri Sabah di Wisma Perbadanan Pinjaman Sabah di Penampang, di sini
pada Khamis.
Sempena majlis itu kerajaan Sabah menerima dividen sebanyak RM17.5 juta daripada PPS selain RM576,421.44 sebagai pembayaran faedah, bagi tahun 2020.
Ia juga turut membayar zakat perniagaan berjumlah RM263,690.55, bagi tempoh yang sama.