Community

Bajet 2022: RM13 juta untuk tangani kes gangguan seksual

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan 13 juta ringgit khas untuk menangani siasatan kes seksual melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan tersebut adalah bertujuan untuk memperkasakan  D11 Polis Diraja Malaysia bagi siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak.

Ia juga akan mengwujudkan 100 perjawatan baharu untuk menangani kes-kes yang berkaitan.

“Di samping itu, program kesedaran komuniti berhubung keganasan terhadap wanita di seluruh negara melalui Skuad WAJA akan dilaksanakan.

“Selain itu, bagi melindungi kebajikan lebih ramai mangsa keganasan rumah tangga, Kerajaan juga akan menambah Pusat Sokongan Sosial Setempat serta bekerjasama dengan NGO untuk meningkatkan bilangan Rumah Perlindungan Khas Wanita.”

130,000 remaja dari keluarga B40 mengalami “period poverty”

Dianggarkan 130 ribu remaja wanita dari keluarga B40 di Malaysia tidak mendapat akses kepada produk kebersihan seperti tuala wanita atas sebab kekangan kewangan.

“Oleh itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia akan mengedarkan secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 ribu remaja wanita golongan B40.

“Di samping itu, kempen dan pendidikan kesihatan reproduktif juga akan terus dijalankan di sekolah-sekolah dengan kerjasama pihak badan bukan kerajaan.”

Mulai Sept 1, syarikat senaraian awam wajib mempunyai pengarah wanita

Buat masa ini, golongan wanita memegang 25 peratus daripada komposisi ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat awam utama.

Namun, masih terdapat 27 peratus atau 252 syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang
belum mempunyai komposisi pengarah wanita.

“Bagi mengiktiraf peranan wanita dalam proses membuat keputusan dan memperkukuh kepimpinan serta keberkesanan lembaga pengarah, Kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti akan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam.

“Cadangan ini dijangka berkuat kuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar dan 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain.”

MyKasih Kapital galak wanita jana pendapatan dari rumah

Zafrul juga berkata kerajaan akan melaksanakan Program MyKasih Kapital untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah.

“Insentif dalam bentuk bantuan asas modal perniagaan akan diberikan di samping program bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian. 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal akan meraih manfaat daripada program ini.

RM30 juta kemudahan taska, pelepasan cukai yuran

“Bagi menambah baik sistem sokongan sedia ada buat kaum ibu berkerjaya, RM30 juta disediakan untuk menyediakan kemudahan taska di bangunan-bangunan Kerajaan, terutamanya di hospital dan universiti awam.

Kerajaan juga menggalakkan majikan sektor swasta untuk pengaturan kerja fleksibel serta menyediakan kemudahan taska di pejabat. Untuk itu, selain insentif cukai, Kerajaan turut akan meminda garis panduan bagi membenarkan taska beroperasi di aras melebihi tingkat 1 pejabat.

Sebagai mengiktiraf wanita berkerjaya yang menguruskan anak-anak mereka ketika waktu bekerja, Kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ringgit bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2023.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.