Kerajaan akan menjenayahkan “menghendap”

KUALA LUMPUR: Women’s Aid Organisation telah menyerahkan memorandum yang telah ditandatangani oleh 52 kumpulan dan petisyen yang disokong lebih 8,500 orang untuk menggesa Kerajaan segera menjenayahkan menghendap.

Petisyen tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Satu mesyuarat telah diadakan oleh YB , Timbalan Menteri di Parlimen semalam bagi membincangkan status kemaskini mengenai usaha menjenayahkan menghendap – ataupun “stalking”.

Mesyuarat ini diurusetiakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dan dihadiri oleh agensi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia, wakil-wakil dari pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Women’s Aid Organisation (WAO) dan ahli-ahli akademik.

Dalam mesyuarat ini juga, tiga orang pemandiri menghendap telah berkongsi pengalaman mereka sebagai mangsa yang masih tidak diberikan perlindungan disebabkan jurang yang wujud dalam undang-undang sedia ada.

“Usaha untuk menjadikan menghendap sebagai satu jenayah telah bermula sejak tahun 2019 di mana satu Jawatankuasa Anti-Stalking telah ditubuhkan.

“Sejak awal 2020, draf pindaan undang-undang (pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah) telahpun disediakan oleh Jawatankuasa Anti-Stalking, yang diterajui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan lain dan NGO”, kata Mas Ermieyati.

Dalam masa yang sama sehingga ia dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Mas Ermieyati berhasrat untuk mengadakan pertemuan bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat, Agensi-agensi Kerajaan dan NGO berkaitan untuk memberikan gambaran kepada orang ramai dan lebih memahami kesan perbuatan ini kepada masyarakat. 

Kertas Dasar berserta cadangan pindaan undang-undang dijangka untuk dibentangkan di Jemaah Menteri pada bulan Disember 2021 dan pindaan tersebut akan dibentangkan di Parlimen setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.