KOTA KINABALU: Statistik harian Covid-19 di Sabah meningkat terutamanya di Kota Kinabalu.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata peningkatan tersebut berpunca dari Kluster Lautan Biru yang melibatkan anak-anak kapal TLDM.
Kes indeks merupakan kru kapal, lelaki, yang berlepas dari TLDM Lumut Perak pada 27 Oktober 2021. Dalam saringan COVID-19 sebelum berlepas ke TLDM Sepanggar, kes indeks serta semua kru kapal didapati negatif.
“Pada 01 November 2021, kapal tersebut telah tiba di TLDM Sepanggar dan selepas menjalani
operasi selama seminggu, kapal kemudiannya berangkat ke Sandakan dan Tawau sebelum kembali semula ke TLDM Sepanggar pada 18 November 2021.
“Semasa persinggahan, kes indeks dikesan positif COVID-19 menerusi saringan bergejala di
Sandakan, manakala satu (1) kes lagi dikesan di Tawau melalui saringan kendiri dan telah
menjalani kuarantin di daerah masing-masing.
“Setibanya di TLDM Sepanggar, didapati tiga (3) kes positif hasil saringan bergejala. Saringan menyeluruh kemudiannya dijalankan terhadap 134 kru kapal dan menemukan 93 kes positif COVID-19 sebagai jumlah kumulatif termasuk 91 kes yang dilaporkan hari ini,” beliau berkata di satu kenyataan media.
Semua kes dan kontak rapat telah diarahkan kuarantin dan rawatan yang sesuai.
Hari ini terdapat 485 kes baharu.