OP MENU: 9 perniagaan di Sabah diambil tindakan

KOTA KINABALU: Sembilan premis perniagaan di Sabah diambil tindakan sepanjang pelaksanaan Ops Menu sejak Nov 5.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Georgie Abas berkata operasi tersebut dijalankan untuk memastikan peniaga yang meliputi restoran dan kedai makan supaya mematuhi perundangan berkaitan tanda harga serta penggunaan alat timbang.

“Fokus pemeriksaan Ops Menu adalah terhadap premis yang menyediakan makanan siap masak seperti restoran dan kedai makan Melayu, Cina, India, medan selera dan restoran makanan laut.

“Pemeriksaan telah dijalankan oleh pegawai KPDNHEP Sabah sejak ianya dilancarkan dan sebanyak 874 premis telah diperiksa di negeri ini.

“Hasil pemeriksaan tersebut, sembilan (9) premis perniagaan telah diambil tindakan iaitu empat (4) kes melibatkan kegagalan peniaga meletakkan tanda harga yakni satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020,”beliau berkata di satu kenyataan media di mana keempat-empat kes terbabit telah dikompaun dengan jumlah RM 1,200.00.

Seterusnya, lima (5) kes dihasilkan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana peniaga gagal menentusahkan alat timbang yang digunakan untuk tujuan perdagangan.

Empat (4) daripada lima (5) kes tersebut telah dikompaun dengan jumlah RM1,000.00 manakala satu kes masih dalam siasatan lanjut.

Di bawah AKHAP (Penandaan Harga Bagi Barangan Dan Caj Perkhidmatan) 2020, mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi mana-mana pertubuhan perbadanan yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini selanjutnya boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00.

Manakala bagi suatu kesalahan yang disabitkan di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972, denda tidak melebihi RM40,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun boleh dikenakan ke atas pihak yang terbabit.  

Pengguna adalah dinasihatkan agar bijak memilih restoran dan kedai makan yang beretika dengan memastikan tanda harga ada dipamerkan dengan jelas oleh peniaga serta alat timbang yang digunakan di restoran dan kedai makan adalah masih sah tempoh penentusahannya bagi mengelakkan diperdaya oleh segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab.  

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.