KOTA KINABALU: Pihak Angkatan Pertahanan Awan Sabah (APM) memohon kerjasama semua penduduk awam yang sekiranya mendengar bunyi siren tersebut Rabu ini (Dec 1) agar tidak panik dan boleh meneruskan urusan masing-masing seperti biasa.
Pengarah APM Sabah kolonel Sharudin Md Zain berkata mereka akan melaksanakan sesi uji lari satu (1) unit siren amaran awam yang telah dipasang di bangunan strategik sekitar Kota Kinabalu.
Siren amaran yang dipasang ini merupakan jenis siren elektrik 400 volt yang telah dibawa masuk ke Malaysia termasuk Sabah sekitar tahun 1968 hingga 1970.
“Siren amaran ini akan diselenggara dan akan diuji kebolehfungsiannya pada hari Rabu 1 Disember 2021 dalam dua (2) fasa ujilari iaitu fasa siang hari dari jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari dan fasa malam hari dari jam 10 malam hingga 11 malam untuk melihat jarak jangkauan dan litupan bunyi yang boleh dicapai dari titik lokasi siren.
“Uji lari siren akan dilaksanakan dengan mengaktifkan dua (2) nada bunyi dalam setiap fasa yang akan dioperasikan untuk tempoh selama dua (2) minit bagi setiap nada bunyi. “
Sharudin berkata mereka juga akan menempatkan sejumlah anggota di lokasi tertentu untuk memantau situasi keselamatan awam dalam tempoh pelaksanaan uji lari siren amaran ini.
29 November 2021