Sabah tubuh jawatankuasa kaji permasalan sosioekonomi

KOTA KINABALU: Satu mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan penubuhan Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi peringkat negeri untuk meneliti permasalahan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri.

Antara isu-isu yang dibangkit termasuk sektor ekonomi, kesihatan, pendidikan, infrastruktur, pentadbiran awam/borneonisasi, utiliti awam antaranya air, elektrik, komunikasi serta isu kadar kemiskinan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata jawatankuasa kerja ini adalah merupakan salah satu lagi saluran untuk mengutarakan keperluan-keperluan Kerajaan Negeri selain daripada cara yang sedia dipraktikkan.

Beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi Peringkat Negeri Sabah di Bilik Mesyuarat Perdana, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Menara Kinabalu, di sini kelmarin.

UPEN akan menjadi Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi Peringkat Negeri.

“Perkara atau isu yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi Peringkat Negeri ini nanti akan diangkat dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

“Perkara atau isu yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi Peringkat Persekutuan itu akan dimaklumkan kepada MKMA63 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia untuk tindakan sewajarnya oleh pihak yang berkaitan.

“Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi MKMA63 adalah untuk meneliti perkara dan isu penting yang sering dibangkitkan berkaitan hal ehwal Sabah dan Sarawak,” kata Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dalam kenyataan media, kelmarin.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Rosmadi Sulai; Timbalan Pengarah (Makro) UPEN; Robert Stidi, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.