KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan satu kluster baharu di Bakut, Tuaran diistiharkan hari ini yang melibatkan sebuah institusi pendidikan (institut perguruan).
Jurucakap Covid-19 Datuk Seri Masidi Manjun berkata kes indeks ialah seorang pelajar wanita yang didapati positif Covid.
“Saringan kesihatan dikalangan kontak rapat mendapati 26 orang lagi pelajar yang tinggal di asrama bersama indeks kes telah dijangkiti.
“Punca jangkitan masih dalam siasatan, walau bagaimanapun perebakan jangkitan disyaki berpunca daripada aktiviti pergaulan pelajar di asrama.
“Kesemua yang dijangkiti telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sesuai.”
Hari ini, Sabah merekodkan kes baharu 322 kes .