Community

Anak Sabah teroka pasaran produk tempatan di KL

KUALA LUMPUR: Dengan berbekalkan jiwa usahawan, Marlina Madjid, 37 tahun, mengorak langkah dan membawa produk tempatan Sabah ke Kuala Lumpur.

Pemilik Teratai Borneo yang berasal dari Tanjung Aru ini membuka perniagaan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur ini nyata amat berani dan sanggup mengambil risiko untuk meneroka aspek baharu dalam bidang perniagaan.

“Barang-barang yang dijual di sini adalah produk tempatan Sabah, antaranya kicap ayam Sabah, cuka ayam Sabah, teh Sabah, belacan senandung Papar, cili padi giling Sabah, dan kuih bangkit Sabah.

“Produk-produk tempatan ini adalah antara yang signifikan dengan identiti negeri di bawah Borneo dan pastinya dapat mengubat kerinduan anak-anak Sabah yang merantau di sini,” katanya.

Menurut beliau, produk yang dibawa ke kedainya itu dibawa khas dari Sabah dan beliau ingin memperkenalkan produk tempatan Sabah kepada pengguna luar.

“Kami mula membuka operasi jualan Teratai Borneo sejak 26 November yang lalu, bermula dari pukul 7 pagi hingga 8 malam setiap hari dan kita juga bercadang untuk membuka cawangan di Klang, Selangor.

“Kita juga menjual ikan bilis mata biru yang memang mendapat permintaan tinggi serta, ikan boulu tanpa tulang, ikan masin, ikan binsuluk, dan tidak lupa juga kopi Tenom,” katanya lagi.

Jelas Marlina lagi, beliau turut menggunakan teknik pemasaran produk secara penghantaran terus kepada pembeli atau COD.

“Kita juga menjual produk kita secara dalam talian dan kita dapati kaedah jualan ini sangat berkesan dan membantu kita meningkatkan hasil jualan dan perniagaan, sekaligus mengelakkan lambakan produk yang tidak terjual.

“Saya berharap lebih ramai usahawan yang mengambil langkah kreatif untuk memasarkan produk mereka kerana sesungguhnya usaha keras pasti akan membuahkan hasil yang berbaloi kepada kita,” katanya.

Teratai Borneo dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin.

“Saya berbangga kerana anak jati Sabah, berani menyahut cabaran, merantau dan membawa produk tempatan kita untuk dipasarkan ke pasaran luar, iaitu di Kuala Lumpur ini.

“Ini adalah suatu usaha yang amat membanggakan dan saya merasakan ini adalah titik permulaan untuk dijadikan inspirasi kepada lebih ramai anak jati kita untuk meneroka bidang keusahawanan dan mengorak langkah membawa hasil bumi kita ke luar, sekaligus membawa nama Sabah kepada pengetahuan ke tahap yang lebih luas,” katanya.

Kepada yang berada di Semenanjung bolehlsh berkunjung kedai beliau di NO. 26A, Teratai Borneo, Jalan Raja Alang Kampung Baru, Kuala Lumpur berhadapan dengan The Regency Hotel atau dalam media sosial Instagram dan Facebook Teratai Borneo.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.