Patuh SOP, elak cetus penularan Covid-19

Kota Kinabalu: Orang ramai di negeri ini diminta supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh pada prosedur operasi standard (SOP) sepanjang sambutan perayaan Hari Natal bagi mengelak daripada berlaku penularan Covid-19.

Presiden Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Datuk Fadli Fathullah berkata, orang ramai diharap tidak terlalu selesa menyambut Hari Natal dan Tahun Baru yang menjelang tidak lama lagi.

“Kita harus sentiasa berjaga-jaga dan waspada serta mematuhi SOP bagi mengelak penularan Covid-19.

“Ini kerana apabila berleluasa, akan memberi kesan kepada kita sendiri,  mungkin ramai yang tidak mahu lagi berlakunya ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi, kerjasama rakyat Sabah sangat diperlukan dengan norma baharu supaya negara menang memerangi Covid-19.

“Saya yakin rakyat sabah mampu memberi kerjasama untuk kesejahteraan kita semua dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) 4 pada waktu ini,” katanya

Terdahulu, pihak Gerakan NGO Malaysia dan Pertubuhan Prihatin Rakyat Sabah turut mengucapkan selamat Hari Natal dan Tahun Baru kepada rakyat sabah serta kerajaan.

“Saya yakin pihak kerajaan sentiasa menginginkan rakyatnya dalam keadaan sihat dan selamat jadi marilah kita bersama sama memerangi Covid-19 dengan mengikut segala SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan di negeri ini,” katanya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.