Bomba bersiap sedia kejadian bencana di Sabah mulai esok

KOTA KINABALU: Pantai timur dan utara Sabah dijangkakan akan menghadapi kejadian banjir bermula esok selari dengan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan tersebut meramalkan bermula 27hb Disember 2021 (esok) akan berlaku luruan monsun dengan membawa angin sejuk dari Siberia yang dijangkakan mengakibatkan hujan berterusan.

“Keadaan ini berpotensi akan mengakibatkan berlakunya banjir, tanah runtuh dan lain-lain kecelakaan berkaitan.

“Orang ramai yang tinggal di kawasan-kawasan tersebut untuk lebih peka dan sentiasa berwaspada,” menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Md Ali Ismail di satu kenyataan media.

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang merancang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah di kawasan pinggiran sungai atau aktiviti untuk pendakian di kawasan-kawasan tersebut agar menangguhkan dahulu hasrat.

Ia adalah untuk mengelakkan berlakunya malapetaka di luar jangka.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah telah diletakkan dalam keadaan lebih bersiapsiaga dengan meletakkan aset-aset berkaitan di lokasi-lokasi strategik dengan lebih awal, membuat pemantauan dari masa ke masa dan sentiasa akan berkoordinasi dengan agensi-agensi lain di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah/Negeri untuk bertindakbalas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini selari dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara “


26 DISEMBER 2021

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.