National Fintech Codeathon tangani isu teknologi kewangan

KOTA KINABALU, 3 JANUARI 2022: Program hackathon yang bakal dianjurkan tidak lama lagi akan menyaksikan golongan muda menguji kebolehan pemikiran kritis bagi mencari jalan penyelesaian praktikal terhadap masalah berkaitan teknologi kewangan.

Program ‘National Fintech Codeathon’ anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Komputeran dan Infomatik (FCI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu yang bertemakan Teknologi Kewangan (Fintech) akan memfokuskan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 8: Pertumbuhan Ekonomi dan Pekerjaan Yang Baik bagi menangani isu kewangan dunia sebenar.

Pengarah program berkenaan, Abdul Hafiz Gani berkata, acara yang bakal berlangsung pada 19 hingga 22 Februari depan diharap dapat menarik seramai 75 pelajar universiti dan orang awam bagi merangsang pemikiran kreatif masing-masing.

Katanya, semua peserta juga diharap dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara dengan pelaksanaan lebih banyak teknologi dalam aktiviti kewangan selain mengalakkan orang ramai menggunakan transaksi tanpa tunai.

“Justeru itu, kemahiran yang akan mereka perolehi daripada program ini sudah pasti akan memberi manfaat kepada kerjaya masa depan.

“Ini kerana kemahiran berfikir secara kritis amat penting dalam dunia hari ini apabila wujud cabaran baharu dalam setiap ciptaan baharu.

“Di sinilah kemahiran anak muda diperlukan kerana mereka adalah penggerak sistem pada masa hadapan. Kita berharap kemahiran peserta akan meningkatkan hasil daripada program ini, kerana mereka perlu menyelesaikan masalah dunia sebenar,” katanya.

Abdul Hafiz Gani

Abdul Hafiz berkata, bagi menjayakan program berkenaan, FCI UMS bekerjasama dengan Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC) iaitu sebuah agensi kerajaan negeri di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang berdedikasi untuk mempromosikan keusahawanan, teknologi, inovasi dan kreativiti di Sabah.

Sementara itu, Pakar Program dan Pembina Komuniti SCENIC, Fazlan Thomas berkata, mereka berharap program berkaitan teknologi kewangan ini akan dapat dibangunkan bagi membantu memacu industri di Sabah.

Katanya, memandangkan kurangnya penganjuran program hackathon di negeri ini, pihaknya berharap program itu akan dijadikan acara tahunan.

“Ia bagi menarik lebih perhatian terhadap impaknya khususnya dalam memangkin dan meningkatkan kemahiran insaniah dalam kalangan peserta.

“Cabaran anak muda atau graduan dalam dunia pekerjaan adalah satu tahap yang perlu dihadapi dalam kehidupan sebenar. Walaupun ilmu yang dipelajari di institusi pengajian tinggi boleh diaplikasikan dalam kerjaya, namun sesebuah kerjaya itu tidak menjamin ilmu yang dipelajari mampu diadaptasi,”katanya.

Menurutnya, setiap pelajar perlu mencabar diri sendiri untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam mempelajari pelbagai ilmu tambahan.

Katanya, dengan adanya kemajuan teknologi kini dan akses mudah, mempelajari sesuatu yang baharu bukanlah sesuatu yang mustahil.

Fazlan Thomas

Fazlan berkata, program seperti ‘National Fintech Codeathon’ ini penting dalam menggalakkan peserta membangunkan dan mencari jalan penyelesaian yang belum pernah dihasilkan sebelum ini.

Katanya, sumbangan peserta tidak hanya terhenti setakat program ini kerana peranan SCENIC adalah untuk membantu membangunkan dan mempercepatkan idea teknologi kewangan selaras dengan matlamat program dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 8: Pertumbuhan Ekonomi dan Pekerjaan Yang Baik.

“Jika terdapat solusi yang terbaik yang mampu dikomersialkan dan ditambah baik dalam membantu teknologi kewangan di negeri Sabah mahupun Malaysia, SCENIC sudah pasti bertanggungjawab membimbing peserta untuk pergi lebih jauh,” katanya.

Selain SCENIC, FCI UMS turut bekerjasama dengan Persatuan Mahasiswa Sains Komputer dari universiti lain antaranya COMSSA UPM, PERTEKMA UNIMAS, dan I-TECH UUM, serta Microsoft, FinTech Associations of Malaysia, Multimedia Development Corporation, PayHalal, dan Printcious.

Pendaftaran dalam talian untuk Codeathon kali ini akan dibuka pada 3 Januari ini di laman https://scenic.my/nfc2022 dengan tawaran hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 untuk tempat pertama, RM1,000 tempat kedua dan RM500 bagi tempat ketiga.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.