DBKK tutup pasar KK sehari untuk mengawal penyebaran Covid-19

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengambil tindakan untuk menutup pasar besar berikutan kes positif di premis tersebut.

Mayor Datuk Noorliza Awang Alip berkata pihak DBKK telah bertemu dengan peniaga-peniaga sayur dan buah di Pasar Besar Kota Kinabalu berkenaan penutupan pasar tersebut pada 10 Februari 2022.

“Pertemuan bertujuan untuk menjelaskan kepada peniaga-peniaga bahawa penutupan pasar
secara mendadak dilaksanakan berikutan kes positif yang semakin meningkat di pasar
berkenaan.

“Pada masa yang sama, penutupan pasar akan memberi ruang kepada DBKK untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di kawasan pasar.”

Walau bagaimanapun, peniaga dibenarkan untuk masuk ke pasar seawal jam 5.00 pagi sehingga 8.00 pagi sahaja untuk mengambil dan membawa keluar barangan yang telah ditempah lebih awal oleh pelanggan sebelum kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dimulakan.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.