Bomba Ranau selamatkan dua mangsa paragliding warganegara Perancis

RANAU: Pihak bomba Sabah telah menyelamatkan dua mangsa paragliding di gunung Kinabalu dan kawasan Kiau trail hutan Sabah Park.

Pada jam 07:39:00 Bilik Kawalan BBP Ranau terima panggilan kecemasan melibatkan seorang mangsa Perancis yang tercedera di bahagian kaki kiri setelah melakukan aktiviti paragliding akibat terlanggar permukaan gunung di KM 7.5 Gunung Kinabalu.

Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan MOSAR dan seterusnya dibawa turun menggunakan peralatan pengusung (Robinson Stretcer) sehingga ke Timpohon Gate dan dihantar ke Hospital Ranau menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.Operasi tamat pada jam 17:18:00

Pada jam 10:52:00 BBP Ranau menerima panggilan seterusnya yang menyatakan terdapat lagi seorang mangsa Perancis yang menjalankan aktiviti paragliding telah tersasar dan terperangkap atas pokok di Kawasan Kiau View Trail Hutan Sabah Park Gunung Kinabalu dengan ketinggian 60 kaki.

Mangsa berjaya diturunkan pada jam 15:56:00 menggunakan sistem tali penyelamat 3:1 dan didapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serta tidak memerlukan rawatan lanjut .Operasi tamat pada jam 16:48:00.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.