News

Menteri Kewangan Tengku Zafrul berjumpa penganyam beg tradisional “Bajet 2020”

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan Emily Jeneble yang berasal dari Keningau.

“Masih ingat semasa saya menggunakan beg anyaman tradisional Sabah dalam pembentangan Bajet 2022?

“Dalam sesi libat urus bersama penggiat aktiviti pelancongan Sabah, saya berkesempatan bertemu Puan Emily Jeneble, insan berbakat yang menganyam beg berkenaan,” kata Zafrul di laman sosial Facebook beliau.

Zafrul berkata setelah anyaman bag tersebut ditonjolkan dalam Bajet 2022 tahun lalu, ramai yang menghubungi beliau untuk membeli hasil kraftangan. Malah ada yang sanggup datang ke kampung beliau di Sook, lebih 4 jam dari Kota Kinabalu, semata-mata untuk membeli produknya.

“Saya sangat gembira mendengar kejayaan beliau. Malaysia memang kaya dengan pelbagai produk kraftangan yang mutunya setanding dengan produk kraftangan antarabangsa.

“Itulah sebabnya saya sentiasa menonjolkan pelbagai produk tempatan untuk menyerlahkan kekayaan budaya dan tradisi kita.”

Mari-Mari Cultural Village memberi sekilas gambaran budaya Sabah

Menteri Kewangan menyifatkan Mari_Mari Cultural Village memberi sekilas gambaran budaya di Sabah - Gambar ehsan Facebook Tengku Zafrul
Menteri Kewangan menyifatkan Mari_Mari Cultural Village memberi sekilas gambaran budaya di Sabah – Gambar ehsan Facebook Tengku Zafrul

Selain itu, Zafrul juga telah melawat Mari Mari Cultural Village bertempat di Inanam.

Tempat tersebut menawarkan gambaran sekilas tentang kehidupan dan kekayaan budaya Sabah dengan mempamerkan keunikan dan sejarah 5 kumpulan utama etnik Sabah seperti petani dan pedagang Dusun dan Rungus, pemburu dan nelayan Lundayeh, koboi dan gipsi laut Bajau, dan puak pahlawan yang terkenal dan digeruni Murut.

“Kita boleh tengok pameran rumah-rumah dan pakaian tradisional yang unik dan menarik mengikut etnik masing-masing.

“Bukan itu sahaja, ada juga aktiviti seperti demonstrasi produk makanan, kraftangan dan permainan tradisional serta persembahan tarian kebudayaan.”

Zafrul berkata melalui Bajet 2022, Kerajaan telah memperuntukkan pelbagai inisiatif bernilai RM1.6 bilion khas untuk industri pelancongan negara, kerana ia merupakan salah satu sektor yang amat terkesan semasa pandemik melanda.

Inisiatif tersebut termasuk Program Subsidi Upah khusus untuk sektor pelancongan; serta pelbagai pembiayaan, dana, geran dan geran padanan bagi membantu sektor pelancongan pulih dan hidup semula.

“Kerajaan juga memperuntukkan RM15 juta bagi Program Pemerkasaan Eko-pelancongan Sumber Asli Ke Arah Pembangunan Komuniti Setempat.

“Eko-pelancongan mempunyai banyak potensi untuk dibangunkan, kerana Malaysia kaya dengan tarikan-tarikan asli yang unik, seperti Sepilok, Gunung Kinabalu dan Pulau Sipadan di Sabah.”

Zafrul melawat Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP

Menteri Kewangan melawat  Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP (KATC) sempena lawatan kerja  - Gambar ehsan Facebook Tengku Zafrul
Menteri Kewangan melawat Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP (KATC) sempena lawatan kerja – Gambar ehsan Facebook Tengku Zafrul

Lawatan kerja Zafrul turut mendedahkan kewujudan Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP (KATC) yang menjadi pusat latihan pertama Sabah yang menawarkan Juruteknik Penyelenggaraan Pesawat sebagai program latihan dengan sijil yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam di Malaysia dan juga Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA).

Beliau juga berkata Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) menyasarkan penciptaan hampir 12,400 peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.