TENOM: Ebit Irawan Ibrahim Lew telah dituduh di mahkamah majistret Tenom pada hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan pertuduhan yang melibatkan pendakwah bebas berumur 38 tahun itu.
“Sebanyak 11 pertuduhan telah dibuat ke atas tertuduh di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu membuat penghantaran gambar dan kata lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang melalui aplikasi Whatsapp.
“Kesemua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom Sabah antara bulan Mac 2021 sehingga June 2021 terhadap seorang perempuan melayu. “
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 5 tahun atau denda atau kedua-dua,