60% pekerjaan kini akan hilang menjelang 2050-MOSTI

KOTA KINABALU: Enam puluh peratus pekerjaan pada masa kini tidak akan wujud lagi pada masa hadapan, kata  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) , Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Berdasarkan laporan Sains dan Teknology Human Capital Study: A Strategic Planning Towards 2020 yang diterbitkan oleh Akademi Sains Malaysia, negara kita memerlukan satu juta pekerja
yang mempunyai kelayakan dalam bidang STI.

“Kajian ini menunjukkan bahawa menjelang tahun 2050, 60% pekerjaan pada masa kini tidak akan wujud lagi pada masa hadapan.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 500,000 graduan berkelayakan diploma atau ijazah diperlukan
manakala bakinya perlu diisi oleh 500,000 pekerja berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan vokasional,” beliau berkata semasa majlsi pelancaran program rintis sandbox di SICC.

Teks ucapan Dr Adham dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.  

Disebabkan senario sedemikian, program-program berimpak tinggi seperti Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) dan MYHackathon di bawah STI diteruskan untuk memberi impak menyeluruh kepada rakyat.

Program My Grand Challenge pula diperkenalkan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan (R&D), pengkomersialan dan inovasi negara menerusi penglibatan masyarakat untuk bersama-sama mengatasi permasalahan serta menambah baik kehidupan, sistem ekonomi dan persekitaran sama ada di peringkat nasional mahupun global.

Inisiatif Malaysia Techlympics pula berkonsepkan pembelajaran experiential untuk
memupuk kesedaran, minat, penciptaan idea dan pengaplikasian ilmu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di kalangan pelajar dan belia berumur 7 hingga 30 tahun.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.