Business

Kebankrapan di Sabah kebanyakan melibatkan lelaki berumur 40 tahun ke atas

KOTA KINABALU: Kebanyakan kes kebankrapan di negeri Sabah melibatkan golongan lelaki berumur 40 tahun dan ke atas.

Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (KPI), Datuk Anita Harun berkata sebab utama kebankrapan adalah hutang pinjaman peribadi.

Walau bagaimanapun, Anita berkata Sabah mencatat jumlah kes kebankrapan yang rendah berbanding negeri-negeri lain.

Setakat ini, Sabah merekodkan lebih kurang 12,000 kes kebankrapan berbanding kes di seluruh Malaysia yang berjumlah lebih kurang 294,000 kes.

Oleh itu, Anita menyeru individu bankrap agar hadir ke pejabat cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mencari penyelesaian.

“Mana-mana individu bankrap untuk datang ke pejabat cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia dan kita akan cuba membantu mencari penyelesaian kes kebankrapan,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.


Menurutnya, tujuan kunjungan hormat tersebut antara lain untuk menerangkan kepada Tun Juhar berhubung transformasi kerangka perundangan Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) terutama pada masa pandemik COVID-19 berhubung dengan nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan yang dinaikkan daripada RM50 ribu kepada RM100 ribu.


“Penambahbaikan ini telah berkuatkuasa lebih kurang setahun dan setakat ini  kes kebankrapan adalah kurang disebabkan tempoh moratorium yang panjang diberikan ketika pandemik,” jelas beliau.

Turut hadir, Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), Datuk Sri Ramli Yusuff, Pengarah Insolvensi Negeri Sabah, Mohd Nazri Omran, Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Insolvensi, Siti Noor Harlina Ab Malek dan Pegawai Insolvensi, Rezuanlly Asmari

Sumber artikel: Jabatan Penerangan Sabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.