KOTA KINABALU: Anak kelahiran Sabah menggamit seribu kenangan apabila memakai baju Murut Nabai untuk menerima sijil ijazah sarjana di Manchester.
Berasal dari Papar Nur Liyana Razali, 26, berketurunan Brunei-Murut merupakan pemegang ijazah Sarjana (Masters Degree in Engineering) dari University of Manchester, United Kingdom.
Menurut ayah Nur Liyana, Razali Haji Matali, 51, Liyana sepatutnya bergraduasi pada tahun 2020, namun disebabkan pandemik Covid-19, ia terpaksa ditangguhkan.
“Alhamdulilah saya, isteri serta dua lagi anak kami dapat menghadiri majlis graduasi pada 20 Mac baru-baru ini.
“Sebagai orang tua, saya sangat gembira atas kejayaan Nur Liyana dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui Yayasan Sabah yang memberikan biasiswa kepada Liyana,” katanya.
Nur Liyana kini sedang bertugas sebagai Management Trainee di syarikat Nestle Malaysia, di Kuala Lumpur.