Pasangan kembar seiras menerima ijazah Konvo UMS

KOTA KINABALU: Nurul Adlina Dahuli dan Nurul Adilah Dahuli, 27, mencuri perhatian ramai semasa menerima sijil ijazah semasa majlis graduasi bersama-sama pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-22 di Dewan Canselor, hari ini.

Pasangan seiras yang berasal dari Kota Belud itu merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian (Pengurusan Perhotelan), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP). 

“Dari tadika, sekolah rendah hingga ke sekolah menengah kami sentiasa bersama-sama dalam satu kelas.

“Malah di peringkat universiti ini, kami telah memilih kursus yang sama, dan hari ini kami juga sama-sama hadir ke Majlis Konvokesyen UMS,” kata Adilah (kakak) di satu kenyataan media.

Menurutnya, mereka juga merancang untuk membuka perniagaan bakeri pada masa akan datang.

“Sekiranya kami bekerja, sudah pasti akan terpisah antara satu sama lain. Saya mungkin bekerja di tempat lain, manakala adik saya mungkin di syarikat lain.

“Jadi kami mengambil keputusan untuk merancang membuka perniagaan bakeri, supaya kami sentiasa dapat bersama-sama.

“Lagi pula, saya dan adik kembar saya ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut yang diperoleh daripada pengajian program Pengurusan Perhotelan di UMS,” ujar Adilah.

Sumber artikel dan gambar: UMS

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.