Belia Ranau martabatkan produk beras Kampung Meridi

RANAU: Pekerjaan sebagai seorang petani bukanlah sesuatu yang digemari di kalangan generasi muda.

Walau bagaimanapun, Mohd Fadzwan Ali, 34, mempunyai impian besar untuk memajukan kampung kelahirannya iaitu Kampung Meridi yang berada jauh pedalaman di daerah Ranau.

Fadzwan yang juga Pengerusi Belia Kg. Meridi berkata kini usahanya dalah membawa seramai mungkin belia kampungnya untuk giat aktif dalam pertanian padi bukit.

Fadzwan bersama beras Kg Meridi

Beliau juga sedang memartabatkan produk beras Kg. Meridi hasil tangan penduduk kampungnya untuk dikomersialkan kepada pasaran luar.

Fadzwan kini juga sedang mencari inisiatif dan peluang yang boleh memberi manfaat kepada kampungnya dalam bidang pertanian padi bukit.

“Saya bangga dengan jati diri sebagai orang kampung kerana itu adalah asal-usul saya.

“Sekarang ini saya fikir, saya perlu tinggal di kampung dan menjadi contoh orang kampung yang berjaya.

“Semoga lebih ramai orang kampung yang berjaya di kampung sendiri nanti,” katanya di satu kenyataan media ketika ditemui selepas Program Influencer@JaPen Sabah, pada baru-baru ini.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.