Bazar Ramadan UMS medium “Learn and Earn” untuk pelajar

KOTA KINABALU: Program tahunan bazar Ramadan UMS merupakan satu platform “Learn and Earn” untuk pelajar menimba pengalaman keusahawanan daripada berniaga dan menjana pendapatan.

“Hal ini merupakan peluang kepada pelajar UMS untuk mengenali di sebalik tabir atau “behind the scene” perniagaan kecil-kecilan, dan insya-Allah kaedah seperti ini dapat membuka minda keusahawanan pelajar dan pada masa sama mendekatkan pelajar dengan keusahawanan khususnya perniagaan.

“Selain berpeluang untuk menimba pengalaman berniaga dan menjana pendapatan, melalui bazar ini juga pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan rangkaian dengan komuniti usahawan luar daripada UMS.

“Oleh itu, bazar ini sebenarnya melatih pelajar dari segi pengurusan organisasi, komunikasi yang berkesan dan pengurusan kendiri agar lebih bersedia untuk lahir sebagai seorang usahawan yang memiliki minda keusahawanan yang cemerlang dalam perniagaan kelak,” kata naib canselor Datuk Profesor Dr Taufiq Yap ketika pelancaran bazar tersebut.

Menurut beliau, terdapat 28 peniaga yang terdiri daripada pelajar dan peniaga luar yang merupakan orang awam dan alumni UMS.

Yap juga berkata program bazar Ramadan merupakan program tahunan yang dijalankan semasa bulan Ramadan dengan mengetengahkan perniagaan yang biasanya terdiri daripada makanan, minuman dan keperluan lain untuk berbuka puasa.

“Setelah dua tahun bazar seperti ini tidak dapat dijalankan kerana pandemik COVID-19 melanda negara kita, kini bazar Ramadan dilaksanakan dengan norma baharu dalam perniagaan tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk pembukaan bazar di setiap lokasi

“Penyertaan peniaga-peniaga ini amat memberangsangkan dengan kepelbagaian jenis jualan berbuka puasa.

“Selain itu, pelaksanaan penganjuran bazar ini juga mendapat kerjasama daripada pihak FAMA Negeri Sabah dan dibantu oleh Kelab Keusahawanan, Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS. “

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.