Muzik video “Aramaitiii” Marsha Velvet lebih gempak dengan tajaan pertama

KOTA KINABALU: Penyanyi prolifik Marsha Milan, 37, dan Velvet Aduk, 35, menonjolkan muzik video duet yang lebih mantap dengan mendapatkan tajaan pertama dari Qhazanah Sabah Bhd.

Sebelum ini, kedua-dua finalist AF4 kelahiran Sabah menggunakan wang sendiri untuk menghasilkan video singles iaitu Lagu Sumandak Sabah, Oi Gaman dan Insan Tadau di mana mereka meraih tontonan lebih 15 juta di platform Youtube.

“Sepanjang empat tahun ini, kami bergerak sendiri dan bekerja-keras atas dasar cinta mendalam terhadap budaya di Sabah. Kami mahu nama dan budaya Sabah diangkat lebih megah bukan setakat di Malaysia, tapi seluruh pelusuk dunia.

“Walaupun tanpa sokongan mana-mana perbadanan mahupun organisasi sebelum ini, kami kekal teruskan keghairahan demi perjuangan itu. Meskipun mendapat tajaan di saat-saat akhir untuk Aramaitiii, kami tak henti panjatkan kesyukuran terhadap kepercayaan Qhazanah Sabah Berhad,” kata mereka.

Cukup teruja dan berkongsi mengenai Aramaitiii, Marsha dan Velvet mendedikasikan lagu itu terhadap semangat bermuafakat di Sabah yang terus kukuh sehingga kini. Dihuni lebih 40 suku etnik, rakyat negeri itu berkongsi semangat perpaduan cukup mengagumkan.

Atas faktor itu jugalah mereka memilih judul Aramatiii untuk lagu baharu ini. Terma berkenaan sememangnya tidak asing lagi dan sering dilaungkan rata-rata rakyat Sabah bahkan sudah dikenali di seluruh Malaysia juga.

“Semangat bermuafakat yang wujud di Sabah sejak dulu menjadi tunjang penting perpaduan terus kukuh. Kami mahu tonjolkan itu dalam lagu serta muzik video Aramaitiii sehingga mesejnya mampu diserap sesiapa juga dari seluruh dunia.

“Kami memang berkeras memilih terma Aramaitiii yang cukup dekat di hati rakyat Sabah tanpa berfikir dua kali. Biarlah lirik ‘aramatiii’ itu diulang-ulang dan jadi cogan kata, paling penting mesej itu sampai serta menyentuh hati setiap pendengar,” kata mereka.

Berbanding penghasilan muzik video (MV)  lagu-lagu terdahulu, Marsha dan Velvet menaik taraf lebih banyak aspek untuk MV Aramaitiii pula. Marsha sendiri bertindak sebagai pengarah seluruh projek itu kali ini.

“Buat pertama kali, kami menggunakan tenaga kerja seramai 26 kru dari kalangan rakan-rakan serta keluarga. Daripada produksi, penata gaya, penari, dan lain-lain, semua menyumbang idea kerana mempunyai minat serta kesungguhan memartabatkan keindahan budaya Sabah sebagaimana kami.

“Jika sebelum ini kami hanya lakukan penggambaran di sekitar Kota Kinabalu disebabkan kekangan peruntukan, kali ini kami luaskan kreativiti teroka lokasi menarik lain iaitu di Tambunan. Kami tidak kisah keluarkan duit sendiri untuk logistik penginapan dan kru lebih besar.

“Daripada segi penggambaran, kami bersama satu pasukan memerah otak untuk jadikan kualiti hasilnya lebih mantap. Idea artistik, pengurusan produksi, tata rias, semualah kami buat dan mujur kami ada asas serta pengalaman untuk melaksanakannya,” kata mereka.

Menariknya, mereka turut menggunakan khidmat penata gaya tersohor Saerah Ridzuan dari Hello Stylar. Saerah pernah memenangi anugerah Kostum Terbaik di Anugerah Muzik Video Antarabangsa di United Kingdom, tahun lalu.

“Saerah membantu kami menonjolkan elemen ‘high fashion’ yang unik serta kontemporari menerusi busana etnik yang diberi nafas baharu. Satu daripada persalinan kami turut diinspirasikan daripada warna bendera Sabah iaitu biru langit, merah, dan putih,” kata mereka.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.