Hospital Queen Elizabeth “blackout”

KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth mengaktifkan pelan kontingensi apabila fasiliti kerajaan tersebut mengalami gangguan bekalan elektrik hampir setengah hari.

Pengarah kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata pada 19 April 2022, jam 11.54 pagi berlaku gangguan bekalan elektrik melibatkan menara berkembar, klinik pakar dan blok bangunan perubatan lama di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.

“Pada jam 12.08 tengah hari syarikat konsesi Sediafiat menghubungi Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan pada jam 12.29 tengah hari satu troubleshooting telah dilaksanakan bagi mencari punca gangguan elektrik.

“Sepanjang masa gangguan elektrik berlaku, dua generator set di HQE menampung bekalan elektrik untuk bangunan yang terlibat.

“Tindakan segera oleh HQE dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) serta syarikat konsesi adalah mendapat generator set tambahan sebagai sokongan untuk generator HQE sedia ada.

“SESB memberi bantuan 2 buah portable generator set dari SESB Melawa, Sepangar, Kota Kinabalu. Polis Trafik Sabah telah membantu mengiringi kenderaan 2 generator set tersebut bagi melancarkan perjalanan ke HQE,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Dr Rose bersama staf hospital Queen Elizabeth
Dr Rose bersama staf hospital Queen Elizabeth

Dr Rose juga berkata untuk memastikan perkhidmatan rawatan di HQE tidak terjejas, pelan kontigensi telah dilaksanakan dengan menghantar sebahagian pesakit ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

Kes-kes pembedahan juga dipindahkan ke HQE II.

Pada jam 8 malam, selepas dua buah portable generator set berfungsi, semua wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) telah mendapat bekalan elektrik, kecuali dewan bedah.

“Pihak SESB dan syarikat konsesi masih bekerja keras membaiki kabel yang tidak berfungsi.

“Pihak HQE dan JKNS akan memastikan semua pesakit HQE sentiasa dalam keadaan selamat.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.