Community

Peraduan NESCAFÉ Tawarkan Hadiah Bernilai RM250,000 sempena Hari Gawai & Pesta Kaamatan


NESCAFÉ, jenama kopi kegemaran dunia membawa kembali “Peraduan NESCAFÉ Jom Beli &
Raikan Bersama” dengan menawarkan hadiah-hadiah bernilai RM250,000 sempena sambutan
Hari Gawai di Sarawak dan Pesta Kaamatan di Sabah.


Kedua-dua perayaan ini disambut setiap tahun dalam kalangan masyarakat Kadazan-Dusun
dan Murut di Sabah, dan komuniti Dayak di Sarawak sebagai tanda kesyukuran atas hasil
penuaian yang melimpah.

Sempena sambutan ini, masyarakat tempatan akan menjemput keluarga dan rakan-rakan mereka ke rumah untuk menikmati hidangan makanan serta berhibur dengan nyanyian, tarian dan berpesta sepanjang hari untuk mengeratkan tali persahabatan dan memeriahkan lagi sambutan ini.

Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan Minuman, Nestlé (Malaysia) Berhad
berkata, “Perayaan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan adalah penting bagi kami kerana
sambutan ini menandakan tuaian yang baik bagi para petani tempatan.

“Ini boleh diumpamakan dengan usaha kami untuk memperoleh hasil biji kopi yang baik untuk menghasilkan secawan kopi yang lazat.

“NESCAFÉ juga ingin memupuk semangat kasih sayang, perpaduan dan persahabatan sesama rakyat, seiring dengan semangat perayaan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.”


“Peraduan NESCAFÉ Jom Beli & Raikan Bersama” berlangsung mulai 1 Mei hingga 30 Jun
2022 dengan hadiah-hadiah bernilai RM250,000 untuk dimenangi, yang dibahagikan secara
sama rata sebanyak RM125,000 untuk Sabah dan RM125,000 untuk Sarawak.

“Para pengguna berpeluang memenangi dua buah unit kereta Proton Saga 1.3 AT, dengan satu unit untuk setiap negeri serta pelbagai hadiah lain yang menarik termasuk jongkong emas 18G untuk
Pemenang Tempat Pertama mingguan, dan peralatan rumah untuk dimenangi setiap minggu
sepanjang tempoh peraduan.”

Pengguna boleh menyertai peraduan ini dengan membeli produk NESCAFÉ yang terpilih,
termasuk NESCAFÉ Classic, NESCAFÉ 3IN1, NESCAFÉ GOLD (Jar & Mixes), NESCAFÉ

Latte, NESCAFÉ White Coffee, NESCAFÉ Dolce Gusto dan Nestlé Coffeemate, serta produk-
produk NESCAFÉ Sedia-Untuk-Diminum dengan nilai minimum RM10 dalam satu resit.

Penyertaan boleh dihantar melalui salah satu cara berikut:


1) Melalui WhatsApp: Tuliskan nama dan nombor MyKad pada resit asal sebagai bukti
pembelian, ambil gambar resit dan hantarkan foto melalui WhatsApp ke 018 228 2627
(Sabah) ATAU 018 228 7022 (Sarawak).


2) Melalui Borang Peraduan: Isikan borang penyertaan dengan butiran yang diperlukan
dan hantarkan borang bersama bukti pembelian (masukkan ke dalam sampul surat) ke
alamat Peti Surat atau ke dalam kotak penyerahan peraduan.


Mudah sahaja! Pengguna boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tanpa had.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Peraduan NESCAFÉ “Jom Beli & Raikan
Bersama” dan butiran penyertaan peraduan, sila layari http://www.nescafe.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.