Education

Pelajar Sabah singkir peserta dari 95 buah negara untuk Pertandingan Sustainable Investment Challenge 2022

KOTA KINABALU:  Pelajar Sabah menjuarai pertandingan peringkat antarabangsa ‘Sustainable Investment Challenge 2022’. 

Pelajar jurusan Undang-Undang di University of the West of England (Bristol) Nigel Cledwyn Motinius telah berjaya mengatasi 13,750 peserta lain dari 95 negara di seluruh dunia.

Sustainable Investment Challenge 2022 merupakan pertandingan anjuran  Banka Generali (Private Bank Company) yang berpangkalan di Milan, Italy dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti MIP Politecnico di Milano (University of Milan, Italy), MainStreet Partners Italy (Finance Agency) dan CFA Society Italy (NGO).

Pertandingan ini telah diadakan secara atas talian bermula pada 28 Mac 2022 – 8 April 2022 dan terbuka kepada orang awam termasuk pelajar universiti. 

Sepanjang tempoh pertandingan, para peserta telah diberi tugasan untuk mengurus urusniaga pelaburan sejumlah wang ke pelbagai syarikat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Pemilihan pemenang telah dilakukan berdasarkan kepada lima kriteria iaitu kualiti laporan akhir, perolehan nilai balas yang dilaburkan seperti di bawah. Penilaian juga merangkumi kesedaran komersil para peserta, kebolehan mejalankan dagangan di pasaran dan melaksanakan penyelidikan terperinci mengenai status atau tahap ESG sesebuah syarikat. 

ESG adalah merujuk kepada Environmental, Social & Governance, norma baharu dalam industri dan ianya merupakan kriteria yang digunapakai untuk menilai kesan amalan dan pelaksanaan sesebuah syarikat kepada prestasi kewangan dan operasi mereka.

Semasa pertandingan, para peserta perlu mengekalkan pelaburan yang menguntungkan di syarikat yang mempunyai tahap ESG yang baik. 

Diperingkat akhir pertandingan, para peserta yang berada di kedudukan teratas dikehendaki untuk menyediakan laporan akhir yang memberikan penjelasan mengenai strategi pelaburan mereka.  

Semasa mengumumkan pemenang melalui video di laman web penganjur baru-baru ini,  Paolo Fabris selaku wakil dari pihak penganjur memberi pujian ke atas kualiti laporan akhir yang disediakan oleh Nigel. 

“Laporan akhir yang disediakan oleh Nigel merupakan antara laporan akhir yang terbaik dalam semua pertandingan yang diadakan selama ini. 

“Beliau telah berjaya menerangkan strategi yang digunakan sepanjang pertandingan dengan cemerlang dan juga mengikuti strategi yang beliau rancang,” katanya.

Apabila ditanya mengenai fokus dan tindakan Malaysia dalam mengintergrasikan ESG dalam ekonomi negara, Nigel berkata, terdapat banyak cabaran dalam melaksanakan ESG memandangkan ianya merupakan satu norma baharu dan masih banyak perkara yang kurang jelas, termasuk variasi dalam pemarkahan dan penilaian. 

“Sebagai contoh, firma guaman tidak akan mempunyai ‘score weightage’ yang sama berbanding dengan syarikat berkaitan perusahaan kertas. Isu ini perlu diselaraskan oleh kerajaan dengan mematuhi piawaian antarabangsa. 

“Pada kebiasaannya, piawaian antarabangsa ini dikawal oleh kuasa-kuasa besar seperti US, EU dan firma-firma pelaburan gergasi. Ini memberi cabaran kepada sesebuah negara untuk terus bersaing,” jelas beliau. 

Nigel juga berpendapat bahawa, ESG di Malaysia akan berkembang dengan cepat melalui program dan tindakan yang diambil oleh Kementerian bertanggungjawab iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri termasuk program lawatan kerja ke Amerika Syarikat yang dijadualkan pada bulan Mei 2022. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.