Estranged, Alena Murang lancar “Roads to our heritage”

Kuala Lumpur, 26 Mei 2022 – Band tempatan Estranged dan Alena Murang melancarkan terbitan terbaru mereka, sebuah dokumentari muzik Borneo, pada hari ini di Drum Asia Studio, Desa Sri Hartamas.

Projek yang mendapat dana daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) ini merangkumi sebuah dokumentari beserta tiga buah album muzik, yang merupakan sebahagian daripada Dana Kandungan Digital (DKD) untuk industri muzik, ditawarkan sebagai sokongan kepada golongan seni semasa pandemik Covid-19.

Estranged dan Alena Murang turut disertai Dr Nadia Widyawati daripada Pusat Pemeliharaan Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai ketua penyelidik untuk projek ini, untuk dokumentasi kisah disebalik alat muzik tradisional dan pembuatnya, sebagai rujukan pendidikan dan pengarkiban untuk generasi akan datang.

Dokumentari 6 episod “Roads To Our Heritage” ini menyaksikan Estranged, Alena Murang dan Dr Nadia merentasi Sabah dan Sarawak mencari pembuat alat muzik tradisional, mempelajari seni pembuatan alat tersebut, memahami keindahan muzik dan memasukkannya ke dalam lagu-lagu mereka.

Alat-alat muzik yang ditampilkan termasuk gambus, sompoton dan sundatang di Sabah; dan sape’, jatung utang dan selingut di Sarawak.


Siri ini meliputi perjalanan hampir 1000km, memaparkan temubual mendalam dengan pembuat alat muzik tradisional Sabah dan Sarawak, pengertian tentang budaya dan asal usul masyarakat setempat, serta keindahan alam. Estranged dan Alena mempunyai keinginan yang tinggi untuk memelihara budaya setempat dan projek ini memberikan mereka peluang untuk kisah-kisah ini di dokumen dengan sempurna.


Tiga (3) album muzik yang diterbitkan melalui projek ini ialah album Alena Murang Sky Songs (yang dilancarkan pada 31 Mac 2021), album Estranged Sepenuhnya Vol. 02 dan album Velvet Aduk Reality.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.