Community

Tiga kelab memanah tradisional Sabah sertai perlawanan persahabatan memanah

KOTA KINABALU: Seramai 60 pemanah tradisional daripada tiga buah kelab memanah tradisional di Sabah telah menyertai perlawanan persahabatan ‘Outdoor Quest Archery’ di Kalabakan bermula 27 Mei sehingga 29 Mei lepas.

Presiden Persatuan Memanah Tradisional Kota Kinabalu (PMTKK), Md Suhaimi Sapiee berkata antara tiga kelab terbabit adalah Kelab Memanah Kesatria Kota Kinabalu (KESATRIA), Kelab Memanah Tradisional Apas Tawau (KETRAS) dan juga Kelab Memanah Tradisional Al-Ikhsan Kalabakan (AL IKHSAN)

Acara perlawanan persahabatan terbabit itu menumpukan aktiviti memanah tradisional dengan dua cabaran utama iaitu cabaran memanah di persekitaran alam semulajadi dan juga cabaran memanah statik di lapangan memanah tradisional AL-IKHSAN.

Bagi cabaran di persekitaran semula jadi, sebanyak sepuluh ‘checkpoint’ disediakan penganjur. Ini termasuklah memanah dari pelbagai tempat seperti tebing sungai, atas pokok, atas bukit, bawah bukit, celah pokok dan dari atas titian yang merentasi sungai.

Kesemua ‘checkpoint’ tersebut menyajikan cabaran berbeza termasuklah menguji kemahiran pemanah dalam menganggar jarak sasaran dari tempat memanah.

Selain itu, peserta juga terpaksa meredah laluan sejauh lebih kurang empat kilometer termasuk meredah sungai, mendaki bukit, ‘jungle trekking’ dan memanjat tangga ke pelantar di atas pokok.

Bagi cabaran kedua pula, perlawanan diteruskan di lapangan memanah AL-IKHSAN dengan jarak 25 meter menggunakan enam anak panah dan empat pusingan.

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata sebanyak enam kumpulan telah dibahagikan dalam perlawanan persahabatan ini yang mana
setiap kumpulan pemanah terdiri dari kalangan pemanah KESATRIA, KETRAS dan AL-IKHSAN.

“Setiap pemanah perlu memastikan panahannya sentiasa terbaik kerana markah setiap ahli kumpulan menentukan markah terbaik bagi setiap kumpulan.

“Walaupun aktiviti memanah tradisional pada kali ini dianjurkan oleh kelab yang baru hendak ditubuhkan, namun ianya sangat berbeza dengan perlawanan memanah tradisional biasa.

“Persiapannya cukup rapi dan terbaik termasuklah pada penyediaan fasiliti buat semua peserta seperti penginapan, makan minum, hadiah, keselamatan dan juga pengangkutan.

“Memanah dilokasi yang berhampiran alam semula jadi memerlukan stamina yang lebih banyak,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam pada itu, Suhaimi turut menekankan penganjuran aktiviti perlawanan tradisional di Sabah harus diperbanyakkan terutamanya bagi kelab-kelab memanah tradisional yang baru ditubuhkan.

“Perkara ini amat penting agar kelab memanah tradisional yang telah lama ditubuhkan di negeri ini dapat membantu kelab-kelab baharu bagi mengukuhkan lagi kelab mereka disamping dapat membuat persediaan menyertai mana-mana perlawanan memanah tradisional yang dianjurkan di seluruh negara.

“Saya juga menyeru agar kelab-kelab memanah tradisional sedia ada di Sabah ini untuk membantu kelab memanah tradisional baharu di daerah berdekatan mereka terutamanya perkara berhubung penganjuran perlawanan, pembelajaran asas memanah tradisional, persediaan perlawanan memanah tradisional dan sebagainya khususnya bab adab serta tatacara keselamatan dalam memanah,” katanya.

Penganjur juga mengambil peluang pada waktu malam dengan mengadakan pengisian taklimat oleh Suhaimi perihal misi dan halatuju memanah tradisional di Negeri Sabah dan di Malaysia serta persediaan pemanah tradisional Negeri Sabah dalam menyahut cabaran di Liga Memanah Tradisional Kebangsaan (LMTK) 2023 kelak.

Kesemua pemanah amat berpuas hati dan mula memahami tentang usaha pemerkasaan sukan memanah tradisional pada ketika ini di negeri Sabah khususnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.