Pendidikan seks perlu diberikan di peringkat awal

KOTA KINABALU: Pendidikan seks perlu diberikan kepada kanak-kanak sejak di peringkat awal usia lagi, kata Pengarah  Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa.

“Ini kerana banyak kes penderaan seksual yang berlaku terhadap kanak-kanak di negara kita sama ada kes sumbang mahram mahupun kes rogol. 

“Kanak-kanak perlu diajar tentang anggota tubuh lelaki dan perempuan, cara sentuhan selamat, sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa, dan cara menjaga keselamatan diri. 

“Sememangnya perkara ini telah diajar kepada kanak-kanak Tadika berumur lima hingga enam tahun melalui Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), namun ia masih perlu ditekankan dengan lebih baik lagi, dan boleh diajar kepada kanak-kanak sejak mereka berumur empat tahun ke bawah lagi,” katanya.

Mazlina merupakan salah seorang daripada panel jemputan Forum Hak Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Kelab Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini. 

Berlangsung secara dalam talian, forum bertemakan “The Best Interest for the Child” tersebut antara lain bertujuan  memberi kesedaran kepada masyarakat tentang definisi, jenis, kepentingan, dan isu-isu semasa berkaitan hak kanak-kanak. 

Ia juga membincangkan sejauh mana keberkesanan akta dan undang-undang dalam menjamin hak kanak-kanak. 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.