“Stateless kids” wajar diberikan dokumen sementara

KOTA KINABALU: Kanak-kanak tanpa kewarganegaraan wajar diberikan dokumen sementara, menurut pakar Undang-undang Keluarga, Wanita, dan Kanak-kanak Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal.

Pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata tujuan tersebut adalah supaya maklumat mereka dapat direkodkan dan mudah dijejaki.

Walau bagaimanapun, Noor Aziah menegaskan,  dokumen sementara itu bukan bermaksud untuk memberikan mereka Kewarganegaraan Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya mengiktiraf mereka sebagai kanak-kanak yang sah dan mempunyai hak untuk mendapat perlindungan, kesihatan, dan pendidikan yang sepatutnya.

Semenjak Malaysia memeterai Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak pada Februari 1995, pelbagai dasar dan undang-undang telah digubal untuk menjamin hak kanak-kanak, termasuklah Akta Kanak-kanak 2001. 

“Walau bagaimanapun, hak kanak-kanak di Malaysia belum terjamin sepenuhnya kerana terdapat beberapa perkara atau isu yang tidak diambil berat oleh kerajaan Malaysia, misalnya kanak-kanak tanpa kewarganegaraan (stateless child). 

“Masalah ini wujud akibat daripada kanak-kanak yang terbiar atau dibuang, kanak-kanak daripada ibu bapa yang gagal mendaftarkan perkahwinan atau tidak mempunyai sijil nikah, kanak-kanak pelarian, dan kanak-kanak tanpa negara. 

“Saya berpendapat kanak-kanak tanpa kewarganegaraan wajar diberikan dokumen sementara supaya maklumat mereka dapat direkodkan dan mereka mudah dijejaki.

“Dalam jangka masa panjang, langkah ini dapat mengurangkan jenayah sosial dalam komuniti setempat kerana mereka sudah mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang perkara yang baik dan buruk. 

“Seterusnya, kanak-kanak ini dapat memberi impak positif kepada negara kita, misalnya apabila mereka dewasa kelak, mereka boleh menjadi tenaga buruh yang sah, sama seperti tenaga buruh asing yang kerajaan bawa daripada negara-negara luar. 

“Ini lebih menguntungkan kepada negara kita, bukan sahaja dapat mengurangkan kos, malah mereka lebih mudah berkomunikasi dan berhubung dengan kita kerana mereka telah tahu banyak tentang adat resam, budaya, bahasa, dan agama kita,” jelasnya.

Nor Aziah merupakan seorang daripada ahli panel jemputan Forum Hak Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Kelab Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini. 

Berlangsung secara dalam talian, forum bertemakan “The Best Interest for the Child” tersebut antara lain bertujuan  memberi kesedaran kepada masyarakat tentang definisi, jenis, kepentingan, dan isu-isu semasa berkaitan hak kanak-kanak. 

Bertemakan “The Best Interest for the Child” forum itu menampilkan seorang lagi ahli panel jemputan ialah  Pengarah  Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.