KOTA KINABALU: Penyambungan laluan KK Skybridge ke Centre Point Sabah dijadualkan siap pada penghujung November 2022.
Menurut pengurusan pusat beli belah tersebut, Jejantas Skybridge yang sepanjang 400-meter itu berfungsi sebagai laluan penghubung untuk pusat membeli-belah dan pelbagai hab komersial – Pusat Komersial Api-Api, Pusat Komersial Warisan Square, Oceanus Waterfront Mall dan Asia City.
Pihak pengurusan Centre Point Sabah telah membelanjakan kira-kira RM19K ribu untuk perancangan awal dan yuran perundingan oleh Jurutera Perunding CKS untuk projek pembinaan sambungan KK Skybridge.
Walhal daripada itu, First Priority Corporation merupakan kontraktor utama untuk projek penyambungan KK Skybridge.
Manakala kos keseluruhan projek tersebut adalah berjumlah RM700K ribu yang telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan Centre Point Sabah (CPS Management Corporation).
Tahun lalu, KK Skybridge telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
“Kini, kita sudah berada di fasa endemik, kebanyakkan SOP peraturan Covid-19 pun telah ditarik balik and ramai pelancong luar negara dijangka akan datang melawat Sabah.
“Pengurusan pusat beli-belah Centre Point Sabah percaya ini merupakan peluang yang baik untuk mereka melengkapkan penyambungan KK Skybridge yang mampu dapat menyumbangkan dengan peningkatan pembangunan pelancongan di negeri ini.
“Pengurusan pusat beli-belah percaya bahawa penyambungan KK Skybridge tersebut akan menyediakan laluan yang mudah dan selamat untuk orang awam memasuki pusat membeli-belah, serta dapat dilindungi daripada cahaya matahari dan hujan ketika berjalan ke pusat beli-belah dari hab komersial lain.
“Selain itu, penyambungan KK Skybridge tersebut juga boleh memberi impak yang positif untuk data kemasukan pelanggan ke Centre Point Sabah, tambahan lagi pusat beli-belah itu terletak di tengah-tengah perhubungan antara hab-hab komersial yang lain.”
Di samping itu, tempat simpanan pembinaan sementara telah diletakkan berhampiran kawasan pembinaan di ruang pemunggahan Servay Premier.
“Pihak Pengurusan Mall ingin memohon maaf atas sebarang kesesakan lalu lintas dan kesulitan yang ketika pembinaan tersebut dijalankan.
“Selain itu, pengurusan pusat beli-belah menggesa semua pemandu e-hailing dan orang ramai untuk tidak meletak kenderaan di kawasan pembinaan terutama pada waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar pusat beli-belah.”