UMS laksana program “Reading in Paradise”

KOTA KINABALU: Sekumpulan 12 pelajar Universiti Malaysia Sabah berjaya mencuri perhatian dalam program ‘pitch’ tentang sebuah projek bertajuk “Reading in Paradise”.

Kumpulan Himmel Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UMS meraih geran Project for Happiness bernilai RM4,000 daripada My Starfish Foundation.

Pensyarah Ramlah Daud berkata, Reading in Paradise merupakan projek yang bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan (SDG4) dalam kalangan pelajar sekolah rendah di kawasan luar bandar.

“Projek ini akan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kokol dengan membina ruang khas Outdoor Reading Nook atau sudut bacaan luar untuk kemudahan pelajar menjalankan aktiviti membaca.

“Hal ini berikutan perpustakaan yang sedia ada telah diubah suai menjadi kelas disebabkan pertambahan bilangan pelajar dan ruang fizikal yang terhad untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran,” katanya dalam satu kenyataan

Menurut Ramlah, projek itu tercetus daripada projek Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) bagi Kursus Sosiologi Organisasi Kompleks yang dijalankan di SK Kokol pada Semester 2, sesi 2021/2022.

“Justeru geran yang diterima daripada My Starfish Foundation ini akan digunakan untuk menjayakan lagi projek Reading in Paradise.

Dalam pada itu, Ramlah turut memaklumkan bahawa selain geran yang diterima, kumpulan Himmel yang bermaksud ‘syurga atau langit’ itu bakal melancarkan kempen pembiayaan dan awam (crowdfunding) sebagai dana tambahan untuk projek mereka.

“Tujuan pengumpulan dana sebagai langkah untuk mendidik pelajar agar tidak bergantung sepenuhnya kepada tajaan tetapi perlu mencari inisiatif sendiri dari pelbagai sumber lain.

“Ini juga bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar termasuk kemahiran menyelesaikan masalah dan pembelajaran sepanjang hayat mereka.

“Kita juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk buku bacaan yang sesuai dengan umur pelajar-pelajar sekolah rendah,” katanya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.