SANDAKAN: Seorang pendaki berumur 70 tahun meninggal dunia setelah jatuh ke gaung Taman Bukit Mawar petang tadi.
Pihak Bomba telah dihubungu pada jam 620pm berkenaan untuk menurunkan m.
“PGO Sabah terima panggilan kecemasan terdapat seorang pendaki dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam gaung dari ketinggian 20 kaki /6.09 meter semasa melakukan aktiviti hiking sendirian di Bukit Taman Mawar, Sandakan.
“Pasukan bomba BBP Sandakan bergegas ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.
“Mangsa mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan (KKM).
“Tindakan pasukan bomba membawa mangsa turun ke lokasi selamat seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.”