KINABATANGAN: Kanak-Kanak berumur 6 tahun rentung di satu kejadian kebakaran tengah malam tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Adlinsyah bin Mohd Adsni (6 Tahun) dijumpai meninggal dunia di bilik tidur di Jalan Kinabatangan, Kg. Perpaduan subuh tadi.
Kebakaran yang melibatkan rumah tidak kekal itu juga menyebabkan lima lagi mangsa melecur, manakala dua selamat.
Mangsa-mangsa yang cedera adalah Mohd Adlisyam bin Mohd Adsni, 3 tahun, dengan tahap melecur 30%; Mohd Isnain bin Mohd Adsni (12 Tahun) – melecur 70%; 5. Mohd Ishak Hafsham (15 Tahun) – melecur 5%; Alina binti Sahari (41 Tahun) – melecur 5%; dan Mohd Adsni bin Sani (43 Tahun) – melecur 60%.
Dua lagi yang terselamat adalah Mohd Mikail Bin Mohd Adsni (3 Tahun) dan Minah binti Kanawi (77 Tahun).